PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
2024-03-24 PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
Pada tanggal 24 Mac 2024 (13 Ramadan 1445) Khamis, Persatuan Kebajikan Kyosei Kuala Lumpur yang diketuai Madam Chieri Motomatsu bersama setiausaha nya Munirah dan Sabrina telah membuat lawatan ke Rumah Jagaan Baitul Hidayah, Puchong.
Rumah ini mempunyai 40 orang kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 17 tahun. Kanak-kanak disini terdiri daripada anak-anak yatim, tetapi ada juga yang ibu atau bapa yang tidak mampu menjaga mereka, maka mereka dihantar ke pusat ini.
Jika ada satu hari nanti, mereka sudah mampu menjaga, mereka akan datang dan jemput pulang anak mereka.
Kanak-kanak disini ditempatkan di 3 tempat berasingan, iaitu ada yang berada di asrama perempuan, asrama lelaki dan lagi 18 orang kanak-kanak perempuan berada di rumah utama.
Setiap hari pada waktu berbuka, kanak-kanak disini semua akan berkumpul dan Iftar bersama di rumah utama.
Apa yang menarik disini ialah, kanak-kanak sini diajar untuk berdikari dari segi basuh pakaian sendiri, mengemas dan pada musim cuti sekolah, mereka akan diajar untuk memasak. Selain itu, Puan Nora iaitu salah seorang penjaga disini juga memaklumkan bahada mereka ada menjual pakaian ‘bundle’ didepan rumah utama untuk menampung kos perbelanjaan rumah. Maksudnya mereka bukan bergantung pada orang lain tetapi mereka juga sentiasa berusaha sendiri.
Kanak-kanak disini akan menetap di rumah ini sehingga umur 17 tahun, apabila mereka dah habis SPM, mereka akan dihantar ke University kerajaan atau kolej komuniti untuk sambung belajar. Selepas habis belajar, mereka kenalah gigih berusaha untuk sambung kehidupan mereka bersendirian diluar.
Jadi sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Kyosei Charity telah memberi hadiah hamper kepada mereka sebagai tanda terima kasih kerana mengizinkan kami datang melawat.
Dari lawatan ini juga kami dapat tahu mereka sangat memerlukan beberapa benda seperti katil bujang dua tingkat, almari baju, 2 kipas ceiling, beberapa kipas dinding, makanan kering seperti beras, susu, makanan tin dan sebagainya.
Jika anda juga ingin menyumbang, anda boleh hubungi kami atau melawat terus ke rumah mereka di Puchong .
Terima kasih diucapkan pada Puan Nora kerana sudi menerima lawatan Persatuan kami.
Semoga kanak-kanak disana, penjaga mereka dan anda semua sentiasa murah rezeki, sihat walafiat, berjaya dunia akhirat dan sentiasa diberkati Allah, Amin.