PUSAT JAGAAN WARGA TUA SRI TANJUNG
2024-01-30 PUSAT JAGAAN WARGA TUA SRI TANJUNG (MUSLIM WOMEN ONLY)
Pada Tarikh 30 Januari 2024 (Selasa), Pertubuhan Kebajikan Kyosei Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kyosei Charity telah melakukan lawatan dan sumbangan ke Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung (Muslim Women Only) di Kuang, Sungai Buloh .Lawatan ini dilakukan oleh COO Kyosei Charity iaitu Madam Chieri Motomatsu bersama setiausaha nya Munirah.
Rumah ini mempunyai seramai 14 wanita Islam tempatan yang dijaga rapi oleh 7 orang petugas . Mereka menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk warga tua seperti fisioterapi, perubatan, pemantauan rutin kesihatan, penjagaan luka dan penyakit.
Sumbangan yang dilakukan kali ini lebih istimewa keran ia adalah dalam bentuk hamper sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, hamper tersebut merupakan produk barangan makan minum yang organik seperti madu , kismis, serbuk soya dan sebagainya.
Semoga mereka kekal sihat sentiasa dan bahagia selalu. Ribuan terima kasih diucapkan pada Encik Azmi kerana menerima kunjungan kami dengan mesra.