SK Sg Pelong
2020-11-20 Mask Donation to SK Sg Pelong
Penghujung tahun 2019, dunia telah dikejutkan dengan penularan pandemik baru dan sangat berbahaya iaitu wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang merupakan strain baharu Coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti.
Kempen Stay-at-Home atau duduk di rumah merupakan antara kempen kesedaran awam yang terawal diperkenalkan dengan harapan rantaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan.
Pengerusi Kyosei Charity (KCOKL) – Encik Tatsuya Motomatsu telah menjalani ujian saringan serta kuarantin selama 14 hari selepas beliau pulang dari Jepun. Beliau berjanji akan teruskan usaha kegiatan dan aktiviti untuk membantu meraka yang kurang bernasib baik melalui sumbangan daripada Kyosei Charity (KCOKL).
Justerus itu, pada 20hb November 2020, Kyosei Charity (KCOKL) dengan seikhlas hatinya telah mendermakan sebanyak 20,000 keping pelitup separuh muka kepada pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong (SKSP) selepas mengetahui tentang keadaan serta masalah keluarga murid-murid di sekolah SKSP akibat dari kesan pandemik Covid-19 daripada khabar Guru Besar dan PIBG SKSP.
Bersama kita patuhi perintah kawalan pergerakan dalam usaha untuk menangani pandemik serta membendung penularan wabak Covid-19.
#kyoseicharity