TABUNG AKAUN AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTINE (AAKRP)
2023-12-29 Sumbangan Ke (AAKRP)

Dari kiri:
Madam Chieri Motomatsu, COO of Kyosei Charity Organisation Kuala Lumpur
Mr. Tatsuya Motomatsu, Chairman and CEO of Kyosei Holdings Berhad
Datuk Zahairi Baharim, Secretary of West Asia
Cik Norhalilah Abdul Jalil , Deputy Chief Secretary of West Asia
Kepada Chairman dan pegawai atasan kami, terima kasih atas komitmen serta kepimpinan yang memayungi acara ini. Kehadiran Pegawai Kerajaan turut diberi penghargaan yang tinggi.
Dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa acara penyerahan rasmi sumbangan ke Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestine (AAKRP) sudah pun berlangsung di Wisma Putra 1, Putrajaya.
Sumbangan yang diberikan pada kali ini adalah sebanyak RM15362.65 . Ia merupakan hasil sumbangan dari pekerja syarikat ini dan pelanggan-pelanggan kita yang mulia. Ribuan terima kasih diucapkan pada anda, semoga Allah kurniakan limpahan rezeki pada anda .
Kami berdoa dan berharap semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menyentuh kehidupan rakyat Palestin serta juga harap segala musibah yang berlaku disana, Allah akan hentikan secepat mungkin serta lindungi saudara kita disana.